contact akritech

leech business

leech courses

leech therapy

//-->

Menternak lintah secara komersil untuk tujuan perubatan masih belum dieksploitasi sepenuhnya di Malaysia, walau pun ia berpotensi menjana pendapatan baru

Menternak lintah secara komersil mula timbul di negara ini sejak dua tahun lepas berikutan wujud permintaan terhadap haiwan itu apabila beberapa syarikat mengusahakan perniagaan perubatan berasaskan lintah.Sebelum ini, permintaan terhadap lintah adalah kecil walaupun bidang perubatan berasaskan lintah telah wujud sejak 3 tahun lepas apabila pengamal perubatan tradisional menggunakan ternakan itu bagi rawatan berkaitan kesihatan seksual lelaki di kaki lima kedai atau mengunakan minyak lintah untuk menumbuhkan rambut.

Lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang menyaksikan Lintah diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot.

“Penternakan lintah ada potensi yang baik cuma tidak dieksploitasi memandangkan harga pasaran pun baik dan penternakannya mudah dikendalikan”.

Lintah-lintah di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Rusia di mana lintah dipelihara untuk tujuan khusus, hasil penyelidikan yang lama telah membolehkan lintah digunakan dalam perubatan moden dan berjaya menghasilkan produk siap.

Lintah juga turut diternak untuk tujuan perubatan terutama bagi masalah kesihatan berkaitan bahagian yang sensitif seperti bahagian kepala, belakang mata atau telinga yang memerlukan pembedahan, lintah hidup digunakan untuk menghisap darah pesakit dan kemudiannya darah itu dikeluarkan untuk dianalisis mengenai penyakit yang mungkin dihidapi oleh pesakit itu. Khasiat kesihatan dalam lintah terdapat pada apa yang dipanggil “Hirudin”, sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah, yang terdapat dalam air liur lintah.

Penternakan lintah amat mudah dikendalikan dengan jagaan minimum sama ada di luar bangunan (kolam konkrit atau kolam tanah) atau dalam bangunan (tangki gelas serat, tangki akuarium atau tangki lain yang sesuai) yang didapati lebih mudah.Makanannya adalah belut dan keli, tetapi ada juga penternak lintah mengunakan baja lintah sebagai gantian, kebiasaannya ia diberikan setiap seminggu atau setiap dua minggu dan biasanya ia cepat membiak melalui sumber makanan ini.

Lintah yang hidup dan diternak di Malaysia tidak sama dengan yang terdapat di negara Barat dan setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di Malaysia.

Anak lintah atau benih lintah yang boleh dijual biasanya berumur dua hingga tiga bulan manakala lintah induk pula enam bulan ke atas. Kandungan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara Taiwan,China, Thailand, jepun dan Korea Selatan.