contact akritech

leech business

leech courses

leech therapy

//-->

  • Lintah banyak digunakan untuk kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitat lintah semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harga lintah semakin tinggi.
  • Untuk 1000 ekor lintah yang diternak, ia memerlukan 3kg belut sebulan.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber makanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asal lintah.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 20 hingga 80 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan lintah), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badan lintah.
  • Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual